7 PANDUAN MENJADI REMAJA HEBAT ACUAN NABI SAW
Merupakan sebuah karya yang membincangkan tentang panduan yang diberikan oleh Nabi SAW dalam mendidik para remaja di zaman baginda. Di dalam buku ini dibincangkan hadis-hadis berkaitan panduan tersebut. Selain itu, di setiap topik tersebut diselitkan dengan maklumat ringkas sahabat-sahabat Rasulullah SAW serta penilaian kendiri agar setiap kandungan yang disampaikan dapat difahami dan diaplikasi oleh para remaja.